Wednesday, December 23, 2009

Nota Dari Hati

Adalah menakutkan jika orang terlebih mengenali kita terlalu rapat.
Adalah menakutkan jika apa yang angankan menjadi di sebalik dari yang kita harapkan.
Adalah menakutkan jika terlalu banyak pilihan dan sukar membuat keputusan.
Adalah menakutkan jika tiada pilihan langsung di hadapan mata.
Adalah menakutkan jika diri menjadi perhatian.
Adalah menakutkan jika diri kelihatan tidak sempurna di hadapan mata.
Tiada yang lebih perit dari kata-kata.
Tiada yang lebih hina dari membiarkan diri diperguna dan disia-sia..
Kalau dulu, aku fikirkan hidup hanya berlandaskan kepada aku. Aku lupa pada yang lain……
Bila makin dewasa, aku mula sedar, fikir dan lihat bahawa keputusan yang di buat satu masa dulu,
tidak lagi relevan dengan keadaan sekarang. Kegemaran??? Suka berimaaginasi di dunia sendiri..
Dunia yang mana, aku la seruling, akulah dacing, akulah dram, akulah keyboard, aku lah segalaanyaa…..
Dunia yang mana aku bahagia… Makin jauh aku ke fantasi..makin jauhlah aku dari dunia reliti. Rasanya?? Tahla… Mungkin puas. Banyak yang aku takot dalam hidup…. Tapi paling yang amat dan terlalu begitu takot adalah pada bayang-bayang diri……
Serba sedikit aku mula rasa yang apa yang dibuat dulu, aku mula dapat rasakan tempias pembalasannya kini. Sakit…pedih…benci….semua ada. Semuanya kerana CINTA….

Tuesday, December 22, 2009

ConFuSe

Kelakar…
Last entry aku masa January..Skang da Disember baru masuk nak update. Hehe
Anyway sebenarnya da banayk entry aku tulis. Tapi tak terpublish. Entahlah… Tak tegamak pun ada.
Confuse…Confuse..

Thursday, January 22, 2009

Laskar Pelangi

Tadi…masa aku on da way nak pergi kerja aku dengar lagu lascar pelangi by nidji…
Lagu nie dengar dah lama.. Tapi aku tak amek kisah… Tapi tadi bila dengar rasa lain…
Aku senyum sorang-sorang… U know what… bila nak fikirkan balik… hidup nie bukannya teruk sangat..
Semua orang akan lalui fasa hidup yang sama cuma mungkin dengan cara pendekatan yang berbeza.. Dan sekarang….suatu benda yang aku amat pasti..aku sekarang melalui satu fasa kehidupan alam dewasa..
Kalau sebelum ni aku belajar untuk..
Mengenal orang di sekeliling…
Mengenal apa itu erti sahabat….
Mengenal apa itu keluarga…
Mengenal apa itu cinta….
Dan kini…Aku sedang belajar untuk bertanggungjawab terhadap beban kerja..
Itulah dia kehidupan….

Sebelum aku berhenti di setiap satu persinggahan…aku akan tempuhi masalah..

Tuesday, January 20, 2009

Hari Kepala Masuk HangiN !!

Hangin nyer arinie………..
Apa ha lagi yang tak kena….. Sumer tak betul…. Dari pagi tadi aku masuk keja…summer tak kena….asik kena marah jer..
Tak tau la apa yang aku dah buat semalam sampai summer serba tak kena..
Yang lagi tak best summer benda aku buat arini summer serba tak kena….
Kecoh nyer……..Hangin weh kepala aku nie… Adoihai….
Nasib baik si Nizam ada.. Kalo tak mau aku balik half day arini….
Yeeehhaaa….Kuatkan ati…kuatkan ati…. Sabar….Sabar…………………….

Wednesday, January 14, 2009

Welcome

Aku tak suka tulis blog.. Kenapa??? tahla... mungkin aku tak suka orang nampak sisi ku selain dari sisi yang dorang nampak....
Tulis blog??? ibarat kau bukak pekung di hati.... Aku... macam tue ker?? tah la.. rasanya tak.... Aku lagi suka bersenang lelang bermonolog dengan diri sendiri. Berapa tahun aku setkan minda aku.... Blog adalah seperti berkongsi diari dengan orang lain sedangkan diari hanyalah unuk tatapan diri. Tapi mungkin tue dulu... semakin lama, pendapat, diri ,pengalaman mula memahamkan aku tentang perjalan kisah idup. Tak salah rasanya nak menulis... Tak... Tak sama sekali salah...Mungkin aku yang silap.. silap dalam pertimbangan semasa menilai....
Untuk 2009 aku perlu buat sesuatu...
Perlu tinggalkan 2008....lupakan 2007...simpan saja 2006.....

Yang ada kini 2009...mulakan hidup yang telah lama aku tinggalkan.. mulakan yang baru.... Mungkin ada kisah2 yang boleh aku kongsikan..tak kisah la dengan siapa... Paling seronok..berkongsi dengan diri sendiri... =)

Selamat datang 2009.. Buat pembaca...selamat membaca...tue jer la yang boleh aku kata...

p/s : .patut la aku rasa lain... hari nie 14/4/2009... Genap la aku 24tahun 7bulan