Kalau ditanya apa itu pengorbanan pada aku.. Kisah ini yang ada pada aku. Kisah seorang anak dan insan yang melahirkannya..
TadikaAku dihantar berjalan kaki ke sekolah setiap hari oleh mak. Pagi hantar, tengahari ambil. Dan tiap kali pulanglah cikgu akan berjumpa mak untuk mengadu cerita tentang aku. Kesiankan mak. Sebab terlalu banyak yang mengadu aku sangat nakal, mak berhentikan aku sekolah tadika. Aku rasa mak pun tak sanggup dengar cerita nakal aku.. sebab tue aku aku tak konvo tadika. Tapi aku tak salahkan mak. Memang aku yang nakal.
Setiap hari selasa, aku akan temankan mak berjalan kaki pergi pasar malam. Jauh… selalu aku merungut dengan mak. Tapi aku diam semula bila mak belikan aku air untuk hilangkan dahaga…
Sekolah RendahSebelum ke sekolah, dia akan ketipkan kuku aku.. Jari pasti di ketuk lihatkan kuku ku hitam. Selalu mengelat untuk basuh kasut sendiri. Tapi mak jugak yang basuhkan kasut aku. Duit belanja yang aku dapat tak semewah kawan-kawan lain. Kalau nasib baik, dalam la 20sen boleh dapat. Kadang-kadang tak dapat langsung. Paling mewah seingat aku pun 50sen. Aku marahkan mak sebab tak bagi aku duit belanja. Mak cakap, “biar genting duit, tapi jangan putus”. Tapi aku tak faham. Apa aku peduli. Aku nak duit aku je. Bagi aku anak mak hanya abang. Aku anak angkat. Tapi aku masih sayangkan mak. Aku terlupa macam mana susahnya mak cari duit sebab nak besarkan aku dengan dengan adik beradik lain.
Pernah mak pukul aku sampai patah gigi. Sebab? Aku bercakap bohong. 2 minggu lebih aku merajuk tak bercakap dengan mak. Mak jahat. Mak paling banyak pukul aku. Mak tak pernah pukul kakak dengan abang. Aku mogok tak pergi sekolah sebab mak banyak kali pukul aku. Pernah sekali aku tak mau ke sekolah. Subuh2 aku bangun, menyorok bawah katil sebab nak meyorok. Silap2 aku tertidur sampai pukul 9pagi. Bila bangun, mak marah aku sebab dia cari tak jumpa. Aku memang anak angkat mak.Mak tak sayang aku. Mak sayang abang dengan kakak je.
Jarang sekali aku tengok mak sakit demam ke, selsema ke. Kalau kami yang lain sakit pun, mak akan buat2 tak tahu. Mak tak Tanya langsung sihat ke tak. Paling habis pun, mak suruh makan panadol. Kalau teruk sangat, mak suruh tido. Masa tue aku rasa mak tak sayangkan aku. Mak tak pernah amek berat. Kali pertama aku ke klinik masa kau darjah 4. Sebab? Aku dapat KAYAP ULAR. Hahaha.. Slalu main kat reban itik ngan arnab. Tue yang dapat sakit. Tue pun sekejap je sembur ubat. Lepas tue tak lagi. Mak kata boleh baik sendiri. Mak jahat. Mak nak memang aku mati.
Memang aku dari zaman sekolah rendah nie lagi aku rasa aku nie anak angkat mak. Sebab? Aku sorang jer warna lain. Haha.. Kakak ngan abang semua kulit cerah. Aku? Err… hitam manis pandang tak jemu… Aku paling tak cantik.Dalam sepupu papat pun aku paling tak cantik. Kalau yang lain, ada la persamaan. Aku ngan dorang?? Takda langsung rupa… Aku paling nakal. Aku paling jahat kot. Kakak ada 2 orang. Tapi dorang tak macam aku. Dorang sangat dengar kata. Tak pernah balik lebih dari pukul 7 malam. Rajin buat kerja rumah. Aku pun pelik ngan dorang. Skema sangat. Tak macam remaja normal. Tapi dorang cantik… Abang pun sama. Aku slalu jumpa surat pompuan bagi gambar ngan hantar surat cinta kat abang. Abang playboy. Tapi mak sayang kat abang sebab dia sorang lelaki kot. Lain la aku.. mak slalu pukul aku. Tali pinggang, rotan buluh, kayu slalu jadi alat make up kat badan aku. Tue sebab aku kata aku anak angkat mak. Mak jahat sebab slalu pukul aku. Aku benci mak.
Sekolah MenengahMak hantar pergi tusyen. Nak bagi aku pandai katanya. Tusyen pukul 3 petang. 2 jam je. Tapi pukul 10 malam baru aku sampai rumah. Mula2 mak diam lagi. Tapi bila dah kerap sangat, mak mula berleter. Aku pun pantang kena leter, ,mula menjawab. Aku bukan buat menda jahat pun… Cuma lepak kat port dengan kawan2 ngan blajar isap rokok je.. Bukan salah pun. Mak tak faham. Abang ngan kakak jela yang baik.. aku memang anak angkat mak. Lagi pun kononnya aku kan waktu tue waktu remaja. Zaman memberontak.
Abang kemalangan teruk masa aku tingkatan 2. Abang koma 2 minggu di hospital. Tiap hari mak akan datang hospital, temankan abang. Sepanjang 2 minggu tuelah mak tak makan sebab tak selera. Hampir sebulanlah abang terlantar dan hilang ingatan sekejap. Masa mula dapat tahu, mak sangat tabah. Mak tak menangis. Itulah yang aku kagum dengan mak sampai hari ini. Mak tak pernah tunjuk susah depan anak2 dia termasuk aku yang anak angkat nie. Ada satu waktu, abang kritikal. Kuman serang di otak. Doktor suruh bagi tau untuk standby untuk sebarang kemungkinan. Masa tuelah, buat petama kali dalam sepanjang 14 tahun aku hidup, aku nampak mak menangis. Mak tak bagi aku beritahu pada kakak2 sebab takmo dorang risau. Lagipun dorang tenga exam. Aku yang temankan mak sepanjang tue. Walau aku tak berapa baik dengan abang (aku ngan abang tak ngam..slalu kena bantai dengan abang sebab aku jahat), tapi aku harap sangat2 dia bangun dan cepat sembuh. Aku menangis bukan sebab abang, tapi aku menangis sebab tengok mak susah hati.. Kesian mak.. Mak..jangan sedih yea..abang akan bangun…dia cuma panjang tidur panjang je…
Aku bukan anak yang baik. Aku sangat jahat. Sejak dari tue, aku janji aku takkan tinggalkan mak. Ingat lagi hari tue, hari Ahad. Macam biasa mak akan masak di dapur untuk makan tengahari. Abang keluar, kakak kat U.. aku ngan mak je kat rumah. Aku pasang tv kuat2. Aku terdengar periuk jatuh dekat dapur. Mak panggil aku. Tapi aku buat2 tak dengar. Aku malas nak datang. Banyak kali mak panggil aku. Naik rimas telinga nie. Dalam hati, mesti nak suruh aku angkat periuk tue. Lama jugak mak menjerit panggil nama aku tapi dalam 10 minit baru aku datang. Tapi terkejutnya aku bila tengok sup panas tumpah atas kain mak. Penuh sup melipah kat lantai dapur.Ya Allah, Tuhan yang tahu. Mak kat lantai kesakitan. Aku terdiam sekejap. Pelan2 aku bangun, angkat mak. Peha mak melecur teruk sebebab sup tumpah atas kain mak. Berbulan jugak peha mak nak baik… Ya Allah.. berdosanya aku…. Lama mak sakit… Anak jahanam sekor nie boleh buat tak tahu… Kalaulah aku datang cepat masa mak panggil…mesti mak tak sakit lama macam tue.. Mak..mintak maaf…
Sejak tuela, aku mula kelakuan baik sket. Masih keluar sampai malam. Cuma…terkawal sket..
UniversitiPetama kali aku jejakkan kaki ke menara gading. Mak, abang ngan kakak hantar aku. Aku tak pernah keluar rumah lama2 kecuali ikut camping sekolah. Perasaan tue rasa bebas n takut pun ada. Bebas sebab aku bukan bawah seliaan mak. Aku sangat ok n eksyen lagi. Seronok sebab bebas keluar suka hati lepas nie.. Tapi… saat tue… Aku akan ingat sampai bila2…
Bila semua barang2 aku dah hantar kat bilik, mak, abang ngan kakak nak balik. Bila aku salam mak, itulah kali petama aku rasa mak peluk aku seeratnya. Aku rasa mak menangis. Cuma tak dizahirkan dengan mata. Tiba2 aku sangat sebak. Mungkin mak sedih untuk berpisah, tapi aku sedih dan sebak sebab itulah kali petama mak peluk aku dengan erat. Airmata di tahan lagi. Aku tak mau menangis depan mereka. Aku kan sombong… Tapi, bila bayang kereta mula hilang depan mata, aku menangis. Tiba2 rindukan mak sangat2…
Konon lah sangat aku bebas.. Rupanya2.. aku homesick… Teruk!! Tiap2 hari Jumaat aku akan balik rumah n akan balik semula U pada hari Ahad malam or Isnin pagi. Bukan untuk sebulan dua. Tapi melarut sampai 4 tahun aku macam tue. Aku rindu sangat2 nak tengok muka mak. Kalau orang, mati mak tapi ada ayah. Takpun, mati ayah tapi ada mak. Aku…..? Kalau mak takda, aku dah takda sape2… Baik mak sebab amik aku jadi anak angkat dia…
KerjaMula dapat tahu mak ada penyakit Parkinson. Pelik kami satu keluarga. Takda keturunan plak yang ada sakit tue. Paling sedih bila tahu takda cure untuk sakit nie. Lagi macam gampang bila aku dapat tahu kawan aku punya ayah baru meninggal sebab sakit nie. Tapi aku pecaya yang mak akan tengok aku kahwin, anak2 aku membesar… Hidup mati kerja Tuhan.
Pernah sekali mak terjatuh tahun 2008. Walau dah 2 tahun berlalu, kesannya hingga kini. Tulang belakang mak retak waktu tue. Nak pulak tulang berselisih sket. Kesian mak. Sangat susah nak bangun. Kena papah. Nak belikan mak tongkat, tapi dia eksyen. Itulah mak. Dia takkan mengaku yang dia sakit. Berbulan jugak aku dok rumah jaga mak. Walau aku anak angkat mak, aku tetap nak jaga mak.
SEKARANG,Mak dah tak sekuat dulu. Mak susah nak bangun. Pergerakan mak lambat. Belakang mak slalu sakit sebab jatuh dulu. Mak mula jadi bongkok. Aku nampak semuanya. Sebab aku membesar dan mak semakin tua di hadapan aku.. Aku paling banyak melihat mak berbanding abang dan kakak. Mak dah kurang leterkan aku sebab dah kurang tenaga. Masakan mak rasanya dah tak macam dulu.. Mak dah hampir hilang upaya.. Deria rasa mak dah tak setajam dulu. Walau apa rasanya, aku tetap akan jamahnya. Tak tau sampai bila aku akan nikmatinya…
Mak,
Bila usia dah meningkat… Baru faham semuanya…
Mak pukul aku sebab mak sayangkan aku… Kalau aku faham dulu, mak..pukullah aku selalu…
Mak bukan tak kisahkan kesihatan aku. Cuma mak tak mahu kami adik beradik manja dengan penyakit. Kalau sakit, bangkit. Bukan duduk dan terbaring lemah. Mak nak kami jadi kuat. Kalau sakit sikit tak boleh tahan, macam mana la aku nak tahan hidup dalam alam nyata.
Kalau sekolah dulu, mak yang potongkan kuku aku. Kini dengan senang hati, aku yang potongkan kuku mak. Mata mak kabur. Tak macam masa muda2 dulu. Lagipun pergerakan mak, terbatas sebab penyakitnya. Tiap kali aku ketip kuku kaki dan tangannya, hati ini akan tersentuh. Bimbangkan rasa yang aku mungkin tidak dapat menyentuhnya pada masa kelak..
Lihatkan mak yang tak sesihat dulu…
Dia saja harta aku ada.
Dia saja yang fahami aku tanpa perlu bercerita walau sepatah kepadanya.
Dia saja yang mengiayakan sedangkan dia tahu aku berbohong.
Dia saja yang gelisah menunggu aku pulang dan lega bila melihat aku di depan mata.
Dia saja yang akan leterkan aku… Aku rindukan waktu dulu..
Terima kasih mak kerana menjadi seorang ayah, ibu, guru,sahabat dan musuh kepadaku.
Kalau ditanya apa pengorbanan kamu…tak terjawab oleh aku dengan kata2. Tak tahu nak bermula dengan cerita mana.
Kalau ditanya pula apa pengorbanan aku kepada mak? Lidah ini tak mampu menjawabnya.. Kerana jawapannya TIADA.
Mak, kamu tahu yang anakmu ini tidak akan sekali2 kata di hadapanmu yang "saya sayangkan mak". Kami tidak diajar untuk tunjukkan kasih sayang. Kasih sayang yang diajar emak, bukan melalui sentuhan...Kasih sayang yang diajar mak bukan dengan belaian. Kerasnya luar, tidak samanya kerasnya di dalam...malah lebih nipis dari mana2 kulit bawang...
Mak, pengorbanan kamu membesarkan aku takkan dapat dibalas dengan kata2 mahupun wang. Yang aku mampu, adalah menjaga kamu. Terima kasih kerana menjadikan aku seorang manusia..
Buat umat Islam, Selamat Hari Raya Qurban. Ingin sekali bertanya, Apakah pengorbanan kamu….