Friday, December 30, 2011

PAYUNG PINK

Sepi...... Hujan rupanya...

Wednesday, December 28, 2011

SANGAT INDAH WAKTU ITU

Simpan dari blog orang untuk tatapan diri sendiri. Tersenyum ketika membaca. Betapa indahnya detik tue...

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan yang hampa.


Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah: " Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu.


Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman :"Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia.Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh umat manusia.


Lalu Allah berfirman lagi: "tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh,terbakar, sakit dan sebagainya.


TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?


1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis

2. Tanah Bukit Tursina

3. Tanah Iraq

4. Tanah Aden

5. Tanah Al-Kautsar

6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah

7. Tanah Paris

8. Tanah Khurasan

9. Tanah( Babylon )

10. Tanah India

11. Tanah syurga

12. Tanah Tha'if


Kata Ibnu Abbas :


1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq ,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden , kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris ,tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan

manusia ke lembah dosa.

10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.

11. Dua kakinya dari tanah India , tempat berdiri dan jalan.

12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.

13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.


Bagaimanakah prosesnya :


1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar,air masin,air hanyir, angin, api.Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".


2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".


3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan.Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah ,wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan "Barul Uluhiyah".


4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal".Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.


5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.


Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.


Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.Tujuh buah liang di kepala,dan dua buah liang dibawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya di kepala : dua liang mata,dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.Yang

dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur.


Dijadikan pula lima buah pancaindera :


1. Mata alat penglihatan

2. Hidung alat penciuman

3. Telinga alat pendengaran

4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.

5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa

halus, kasar dan sebagainya.


Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam : Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.


Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.


Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah.


Lalu Allah berkata: "Yarkhamukallah" yang ertinya: "semoga engkau diberi rahmat Allah" Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan "Yarkhamukallah" .


Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa" .(Al-Israk: II)


Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.


Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama.Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.


Renungan : Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung , Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan.

Sunday, December 25, 2011

SUSAH

Bukan susah pun. KEMAS = TERSUSUN. Senang kan

Saturday, December 24, 2011

PERBUATAN ITU LETIH

bila berjalan...terasa penat.
bila berlari.....terasa penat.
bila duduk.....terasa penat.
bila diam.......terasa penat.

tak larat nak bercakap.
kali neh betul-betul penat.

Sunday, November 20, 2011

RABBIT

Dearest sayang, cinta, kekasih, teman, musuh, ketawa, menagis, gembiraku.. Terima kasih sayang untuk setahun perkenalan. You complete me. Luv u so much.

KALI TERAKHIR

Sekali lagi ia berlaku. Letih. Sekali lagi angin peralihan akan berlaku~~~~

Thursday, November 10, 2011

Rindu

Tiba-tiba sehari dua nie rindu pada nenek. Minggu nie dah dua kali mimpi nenek. Mungkin sendiri dah lama terlupa kirimkan doa pada dia.Tolong sampaikan salam pada nenek yea.

Al-Fatihah.~~

Stesen Keretapi

Perjalanan kali nie macam sangat panjang... Macam tak habis-habis.


Letih... Sudahlah... Nak berhenti rehat sambil makan kitkat.

Tuesday, November 8, 2011

Hide n Seek

Selalu berdoa orang lupakan dia supaya orang takkan nampak aku. Kenapa kacau gak??
Aku kena cari tempat mana nak sorok.... Tak suka.

Tak nampak dah kan.... Em... tutup muka orang tetap kenal badan aku. Damn. Susah!!

Aizat kata

Tiba-tiba rasa yang sangat amat rindu. Sangat sayu... Yea...sangat rindu pada rumah itu..


Macam dalam lagu aizat..kau pergi.
Walau isinya sama. Tetap takkan sama macam dulu.

Kini tiada senyuman.

Monday, October 31, 2011

BELUM LAGI

JANGAN TANYA PASAL KAHWIN. HARAP MAKLUM.

Thursday, October 20, 2011

aku cemburu

CPU opis aku rosak. Kata "pakar" IT la sangat kata power supply rosak. Ok, fine
Dorang ganti yang lain. Ok, aku benci monitor dia. Sakit mata.

Tue je aku nak bagi taw.

Wednesday, October 19, 2011

Dumbo

Perbualan aku di kantin bersama abang air :

Aku : Bang, nak milo ice

Abang yang buat milo ice : Ok...

Aku : Bang, milo tabur yea...

Abang yang buat milo ice : Ok..

Aku : Bang...saya nak gelas besar..

Abang yang buat milo ice : Ini boleh? (sambil tunjuk gelas sederna besar, tapi tetap kecik di mata aku)

Aku : Saya nak gelas paling besar yang abang ada

Abang yang buat milo ice : ..........


Tengok badan la bang. Terima kasih buat ______(kau tahu kau siapa). Dialognya minggu neh adalah serupa je tiap kali kali kaki aku melangkah masuk ke kantin... "Anak gajah nak makan......"


DOSA ANGAN-ANGAN

Tadi dapat panggilan, kata aku menang pertandingan teka silangkata yang aku masuk.
macam tak percaya je.... aku menang RM50k. Alhamdulillah.... Hepi tak terkata. Ini yang dinamakan rezeki. Malu nak share dengan kawan-kawan. Biasa la.. takut kena bahan. Senyum aku sampai ke petang. Rezeki kan namanya...



Ok. Aku tipu.

Thursday, October 6, 2011

Monday, October 3, 2011

Hantu Waktu Senja

awak, kita mintak maaf taw sebab buat awak mara..
kita kata awak macam-macam..
kita angin-angin dengan awak..
minggu neh awak asik marah kita. hah... kita pun tak nak kalah.. kita marah awak balik..
(tapi memang kita yang cari pasal dulu)..kita kena la menang!!
tapi kan wak.. kita rasa masa tue kita kena sampuk setan la wak..
patut la orang tua-tua kata jangan keluar watu senja.
Eh..tapi pukul 5 tue kira senja ke...

untuk awak..tak tau la awak akan baca ke tak...
kita tau awak marah kita sebab sayang kita (perasan)
wak..kita sayang awak gak taw..
sebab...awak adalah semangat kita... sayang awak! muuaahh!

tima kasih wak!

ANGIN KUS KUS

cik..sila tangani rasa angin anda itu.. kenapa ?? berikut adalah sebabnya :

Pertama ..anda akan buatkan orang rasa menyampah dengan anda..
Kedua...anda akan buatkan orang rasa menyampah dengan anda.. dan Ketiga..
anda akan buatkan orang rasa menyampah dengan anda...

Cik itu adalah aku. Sekian

Saturday, September 24, 2011

berlari berkejaran

cicak-cicak di dinding..
diam-diam merayap...
datang seekor nyamuk...
PAP!! lalu di tangkap...

*sekian... (aku suka menyanyi...so wat??)

Friday, July 8, 2011

kerana rasa itu

Kita berbalah kerana kita sayang.. <3

Monday, June 27, 2011

Mengapa Hawa Dicipta Saat Adam Tidur

Terbaca satu entry blog... copy for myself...sebab comel..


Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci.
Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya.
Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa.
Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.
Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.
Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua.

Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut. Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang .. Dear sayang... Luv u so much.

Thursday, June 9, 2011

AKU UNTUK KAMU

Terlalu bahagia dengan apa yang ada. Sudah tentu kerana ku ada kamu. Damn much happy wif wat i hav rite now. Dear Mr. Love.. this entry is for you.

Hey...Thank you coz you've always been there for me.You are the melody of my song,
You are the water in my ocean,You are the light showing me the way.
Hey... again...Thank you for accepting me for who I am.

Kamu bukan saja mendoakan kebahagiaan ku tapi kamu turut ingin memberi aku rasa bahagia itu,
Kamu tidak mengharap aku berubah untuk kamu tapi kamu berharap dapat berubah menjadi yang terbaik buat aku,
Kamu tidak saja merindukan aku ketika jauh tapi kamu turut merinduiku ketika di hadapanmu...
Terima kasih untuk semua itu.

Setiap kata adalah cinta kepada kamu. Duka bertahun dihati mula hilang saat menerima kamu. Diri mungkin seorang pelupa.. ingatkan dan yakinkan diri ini untuk melangkah ke depan bersama.

Nampaknya cinta memang benar-benar tidak punyai mata....

Monday, March 7, 2011

HARI ITU




Hey....
Tika duka kamu adalah senyuman aku..
Tika sedih kamu adalah ketawa aku...
Tika gembira kamu adalah pekongsi cerita aku...

Hey...chenta..
Kamu adalah chenta aku semalam, hari ini dan berikutnya...

Terima kasih kerana menjadi pelengkap aku...(",)

Wednesday, February 2, 2011

B.U.L.A.N

Apabila bercerita tentang kamu aku pasti tersenyum. Kamu adalah yang terbaek buat aku.
Hari ini, sekali lagi kau melihat aku. Kamu adalah perawat aku.

Waktu aku gembira, kau akan melihat aku ketawa
Waktu aku menangis, kau akan diam melihat aku berduka
Nama kamu sangat menjiwai aku. Kerana kamu adalah BULAN aku.
Dan hari ini.. sekali lagi.. kamu masih lagi melihat aku berada dalam emosi yang sama.
Marah dan menangis adalah aku.

Hey.. terlalu banyak aku ketawa tidak bermakna aku telah lupa cara untuk menangis.
Terlalu banyak ketawa mampu membuat aku mengalirkan air mata..
Terlalu marah dalam jiwa mampu membuat aku mengalirkan airmata…
Terlalu bersedih dalam hati juga mampu membuat aku mengalirkan airmata…

Walau apapun rasa aku, aku pasti akan di dalam kamu.
Kamu kan BULAN aku…

Thursday, January 6, 2011

Tribute Untuk Adik

15 December 2010, 7.00pagi aku dapat panggilan yang tak disangka2. Masa tue dah nak nak bording g China.. Dia called..bagi taw pasal adik.. aku terdiam. Tak apa yang bleh kata. Tak tau apa kata semangat yang harus nak dikeluarkan dari mulut. Hati rasa luluh……Kenapa adik?. Nak bercerita panjang, tak dapat sebab suasana bising. Bording jam 8. Hp kena off.. Tak kan dapat call selama 5 ari kat sana. Tau tak apa aku rasa?? Aku rasa terukk…

Rasa teruk sebab tak ada sekali waktu tue dengan mereka. Memang tak dapat tolong apa2.. Tapi untuk puaskan diri, aku nak ada dan harap aku dengan mereka saat tue. Kalau tak ke China…sumpah aku akan ke sana. Percutian kat tempat orang memang seronok.. Tapi demi Tuhan, hati aku.. aku ingat kat adik. Adik ok ke? Macam mana adik? Yang laen macam mana?? Aku doakan yang terbaek untuk mereka…
Tadi buat petama kali, aku dengar suara adik..Adik call… adik menangis.. Tak sampai 2minit adik letak. Aku terdiam~

Adik….
Adik boleh menangis… Adik boleh bersedih.. Tapi dalam masa yang sama, adik kena kuat okey. Kami nak adik tau, yang semua sayang adik. Allah dah tetapkan, jalan cerita hidup adik mungkin rumit. Kami tak merasa, kami takkan faham apa yang adik rasa. Adik dipilih untuk harungi sebab adik mampu… Kalau orang laen, mungkin mereka tak sekuat adik… Semua sayang adik….~~