Entry ni dah lama aku tulis. Ada dalam frenster. Tadi baru bukak frenster lepas dah sedekad tak bukak. Baca balik citer nie...ketawa aku... Ni aku copy semula KISAH SPENDER HIJAU TUE.... :
Aku tak suka nak tulis blog, sebab bagi aku takder per yang nak tulis… tapi lepas terbaca blog nov…hehehe.. klakar lak rasa.. tak salah rasanya nak kongsi cerita. Mungkin ada kawan yang baca.. mungkin tak…
Kenangan masa fom 6 dulu memang kelakar… Dasyat gler… Itulah kawan2 paling badut penah aku jumpa… Nak sebut satu2 memang banyak.. Takder saper yang leh tanding dengan korang…. Cerita aku yang paling aku ingat sampai sekarang masa ada orentasi untuk dak2 junior kita orang…Malam tue dak2 lelaki tido dekat sekolah sebab konon2 nak wat persiapan terakhir sebelum sesi buli membuli dak2 junior bermula esok nya… Dak2 nie tido dekat dalam kelas dekat blok yang khas untuk fom6. Kiranya satu bangunan tue milik kami la… Kalo dak2 fom 1 sampai fom 5 lalu, dorang kena hukum gantung sampai mati.
Yang nak buat cerita, malam tue dak2 lelaki tido kat kelas…dekat ujung bangunan ada la toilet lelaki ngan perempuan sebelah menyebelah… macam dari azali la… toilet lelaki memag terkenal dengan bau &@$$% . So..ada setengah dari dorang nie, mandi la dekat toilet perempuan yang bersih lagi cantik & wangi… Tue takper lagi…..
Esok bila dak2 perempuan nie nak guna toilet.. lain plak cerita… Raina yang terkenal dengan penyumbang ke system pejal paling banyak (kategori perempuan) terbantut ari tue… Dia tak jadi masuk “bilik termenung”. Dia keluar dari toilet dengan ketawa tak berenti. Dia panggil aku dengan amsal gurl yang lain.. HAhahahahah sakit perut aku tengok ada spender ijau tergantung dekat tempat flush. Besar plak tue. Wakakakaka.. Dalam masa tak sampai 10 minit jer cerita spender ijau tue tersebar. Sume dak2 perempuan tak nak lepaskan peluang tengok spender tue.
Si ruspah yang mulut beracun tue pergi masuk balik kelas n buat pengumuman.. Dia mintak saper tuan punya spender tue amek balik harta dia. Sebab ruspah ngan raina dah tak tahan nak memerut.. Dia nak guna toilet, tapi tak sanggup nak pegang tempat flush tue… Dak laki yang mandi kat tolet perempuan yang mandi malam tue dah takot2 n malu sesame dorang. Saper lagi nak guna?? Dak lelaki fom6 sahaja yang guna. Kita orang bukan ramai pun. Gila apa!!!! Mana ada saper nak mengaku…!!!!
Hahaha..aku, nana, lila, enny lak nak siasat pemilik harta tue…!! Lelaki yang mandi/guna toilet tue adalah : roslan, hanafi, nyak,mizi, g-joy, mie.Selepas di buat penelitian, di siasatan, n etc kita orang buat kesimpulan pemiliknya adalah MIZI!!!!! Kita orang tak tipu…ini adalah berdasarkan bukti2 yang kukuh berpandukan saiz!! Bila Tanya mizi, dia mengamuk sakan tak mengaku siap merajuk n buat muka lagi sebab tuduh dia.… Mungkin teori amsal gurl silap kot time tue…. (tapi aku tetap rasa mizi)
Spender ijau tue jadi tanda Tanya misteri saper pemiliknya… Yang pasti, ia hilang tiba2 dari tempat ia tergantung lepas 2 hari…. Kita orang bersyukur sebab spender ijau tue dah kembali ke pangkuan asal tuannya. (tuan dia kutip waktu abes sekolah kot)… Tue la antara kenangan yang aku kutip masa fom 6 dulu……
P/S : Masa raya Oct 2008 aku g beraya ngan kawan2 fom6 nie. Mizi pun ada. Bila aku ungkit citer lama nie sumer ketawa terbahak. Aku cakap aku tuduh mizi. Dia diam jer tak kata apa… (Confirm dia punya!!!!!!!!!!!!!!!)
Saturday, October 9, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)