Friday, December 31, 2010

Duhai Hati


Belum terlambat untuk ucapkan selamat Tahun Baru 2011 pada diri sendiri. Banyak entry nak diceritakan pada diri nie.. tapi tak kesampaian. Faktor masa dan emosi tidak ada disitu.
Pernah sekali, entry aku rindukan lagu denting. Sebab tiap kali lagu tue dimainkan.. pasti tentunya waktu itu dalam dalam bersendiri dan amat sunyi. Tuhan Maha Mendengar. Kesunyian aku telah diganti.Bermula hari itu,  Hari2 aku hidup dalam senyuman dan ketawa. Terima kasih sahabat2 untuk waktu kamu bersama aku.

Bulan Disember 2010, waktu2 yang gembira. Trip to Beijing surely paling best. Da best part is pergi bersama teman2 baik. Sudah tentu bahagia. Kawan.. terima kasih sekali lagi untuk itu..

Disember nie jugak, aku bertemu dia.  Dia yang buatkan siang aku mengantok di tempat kerja, dia yang buatkan aku tersenyum sorang2 di depan computer, dia yang buatkan aku pegang hp sepanjang masa…  Tak pasti kisah kami akan sampai kemana.. Cuma untuk waktu ini….saat ini…detik ini.. Terima kasih kerana gembirakan aku.