Sunday, March 14, 2010

Titik hiDup

Aku hampir terlupa bilamana sebelum tiba di setiap perhentian, kita akan tempuhi dengan masalah. Masalah itu akan cuba diatasi dengan sebaiknya. Tak kira la dengan pertolongan sahabat, keluarga atau orang di sekeliling. Dan bila kita ke perhentian seterusnya, dengan bergayanya kita telah menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. Inikan yang dipanggil kematangan??? Itu aku tak pasti... Mungkin Ya.

Kematangan menunjukkan kedewasaan... Memang aku sokong statement tue. Tapi aku menolak jika kematangan itu harus disulam 100% dengan perbuatan dan kata2 kepada semua orang. Apa tujuannya?? Adakan untuk beritahu pada semua yang "Aku ni Matang orangnya". Hmm...

Macam mana nak explain eh...Aku akui la aku suka bergurau..Slalu jugak buat sarkas depan kawan2.. The thing is...aku rasa seronok bila semua ketawa.


Hiburan aku adalah hilaian tawa dari orang sekeliling kerana aku. Perbezaan latar belakang menjadikan kita semua mempunyai ciri2 unik yang tersendiri. Dan aku...mempunyai cara aku sendiri. Macam entry sebelum nie..aku ada cakap yang terlalu penat untuk menjadi seorang aku. Dan kini aku ulanginya sekali lagi...

Bagi aku..aku tak perlu tunjukkan yang aku telah matang dengan berhenti dari membuat orang di sekeliling ketawa. Wahai semua....jangan lah lupa yang aku juga manusia biasa.... Janganlah harap aku dapat memenuhi kehendak semua. Kalian hanya membuat hajat. Tidak semua hajat kalian dapat aku tunai. Sekali lagi jangan dilupa aku manusia biasa..

Mula2 aku rasa aku tak patut berhenti dari apa yang aku suka buat.. Tapi..keadaan sekeliling memerlukan aku untuk beku. Pilihan?? tentulah ada. Aku boleh pilih untuk teruskan, berehat seketika atau berhenti saja. Cuba teka... aku takkan pilih antara ketiga2 nya. Tapi aku memilih hanya untuk kurangkan saja. Bila ia bermula?? Mungkin kini.....sekarang....mulanya saat aku menaip baris ayat ini.

Mungkin dengan kurangnya sifat keriangan aku ini, aku akan perolehi sesuatu. Apa di?? tahla..aku pun tak pasti. aku tak tau dan tak boleh nak meramalkan masa hadapan. setiap soalan yang aku utarakan makin banyak pulak soalan yang timbul.

No comments:

Post a Comment