Saturday, September 4, 2010

PENYU & CICAK ~~NOTA UNTUK KAWAN

Niat di hati nak menulis..Cuma ruang masa tak dapat nak penuhi kehendak di hati…
Seminggu dua nie memang sangat hepi… Y?? Promosi Kraf datang lagi.. so bila promosi datang, kawan2 aku mesti ada.. The best part is I have cicak n penyu. Bakal-bakal guru yang akan mendidik anak bangsa. Mungkin akan didik anak aku suatu masa nanti…Siapa tahu…

BIRTHDAY

We havin so much fun. Sebab utama beria sangat nak pujuk penyu datang kerja KL sebab nak celebrate birthday dia. And YES!!! Kami berjaya walau banyak sangat rintangan. Celebrate berempat je. Tapi sangat seronok. Dari kisah amik cik eila, pergi Look Point, balik office… =) n… make it as our secret. All I can say.. we havin so much fun!!

BERBUKA

Next, bila udin sibuk n merajuk nak makan chicken chop. Bila cicak pujuk penyu masa nak beratur nak beli air untuk berbuka puasa, ada orang tegur “macam pujuk anak”. Sama2 ketawa… =)

Erm..makan @ titiwangsa..erkkk…alhamdulillah…

Cari Cholek??? Cari kat belakang UKM.. Kedai Cholek.. nasi kerabu….owh…sedap…Cuma banyak sangat. Kenyang…

MENARA KL
Jalan2 naik menara KL is part yang tak disangka…. Memang la aku da berabad dok KL, memang ada kata nak naik Menara, tapi sayangnya..tak penah tercapai pun… tapi kali nie… sebab penyu, kami berjaya.. =)
Taman haiwan, naik kuda…(kena tending…hahaha sakit), main kereta F1. Puas…
RM38 yea…bukan RM8 Cik cicak…

JEJANTAS KLCC

Aku : Boleh tak tolong amikkan tiket nak naik jejantas KLCC tue?
NA : Boleh, tapi nanti kena beratur panjang… Pukul 7pagi orang dah beratur tau…
Aku : Yeake?? Alahai..takpe..aku g sendiri la cam tue…!! TQ 4 da info

8.00pagi –dah terpacak depan kaunter… ingatkan awal….rupanya..mak aiiiii….PANJANG!!! Yang buatkan aku tersenyum bila aku sorang jer rakyat tempatan bila yang beratus-ratus lain lain semua pelancong.. hahaha beria masing2 amik gambo aku… Mana tak, waktu n hari bekerja.. hehe sanggup aku redah demi tunaikan hajat kawan..confirm la aku tak kerja hari tue…

9.00pagi-Sejam beratur baru dapat tiket..” Malaysia,3 orang yea” aku mintak pada kaunter. “Pukul brape yea miss?” Tanya orang kaunter tue. Aku mintak jam 2.45ptg sebab… itu je waktu yang kosong.. Dapat jer tiket…YESSS!! Alhamdulillah… Dapat gak.. =)

9.30pagi-Ya Allah.. mana tiket nie… hilang!!!! Dah cari selongkar habis dalam kereta.. memang confirm tak ada… Sedeynya!!! Tak sanggup nak kecewakan hati kawan..Lagipun seeday sangat bila usaha sia2…

2.30petang- Owh, memang ada dalam system.. Malaysia 2 orang yea.. Ok, boleh masuk… Alhamdulillah.. lega.. Yang pasti ada muka tersenyum girang amat dapat naik. Sape lagi kalo bukan penyu!!Katanya teringin nak naik dari tahun 1998 lagi.. Lepas 12 tahun hajat tercapai. Sebenarnya..sama la kita… hahaha hajat nak naik tue ada.. Cuma pemangkin nak pegi tue takda. Tak sonok g sorang2.. Owh.. kami sangat hepi…

KOLAM RENANG

Kocak jer lebey….berenangnya tak tau langsung… Tak suka untie seksi tue. Kacau sangat mood. Nasib baik da puas mandi.. Lepas kejadian untie… kami pergi lagi 2kali. Jumlah ke kolam renang = 3kali!!! Kali nie da atur strategi siap2 tau… Bila penyu, cicak n siput bergabung!! Hahaha…. Yang nie cicak paling semangat kot.. Sekali pergi…sekali beli seluar renang.. paling seksi kaler hijau..hahaha

LOMBONG
Kali pertama ok lagi pergi..penyu ngan cicak bersantai bercanda lagi… Suka..Nak lak ada port favourite.. Bawah pokok, angin, ada kolam leh mancing… siap solat bertemankan alam lagi. Pertama kali g dengan Bulan. Cuma yang second time g tak berapa molek sket…. TAK MO BUAT LAGI!!!! INI LAST!!!! Hahahaha kesian Justin jadi magsa… Ya ampun… Apa dia?? Rahsia kami sampai ke tua.. =) hahaha

BUKIT BELACAN
Ada gak pergi…Cuma sesi kali nie tak berapa nak menjadi sebab ramai sangat orang.. Hangin ngan orang kereta sebelah. Sibuk pandang2 kami kenapa??? Cantik kan… Telan air liur je yea bang.. hahaha (confident level mesti tinggi..). Marah penyu bila nak bukit belacan semata-mata nak makan nasi je. Maaf yea penyu… =)


NOTA UNTUK KAWAN
Nota untuk kawan nie rasa nak menaip bermula bila…Penyu dah dapat tau nak posting mana.. Mula2 katanya Sarawak. Tue pun sebab kantoi dengan cicak. Patutla malam merdeka penyu beria2 nak balik Bangi. Katanya ada futsal. Tak sangka itu futsal terakhir penyu sebelum dia dia kena posting. ERmm…

Jangan kata penyu… cicak pun aku tak ready lagi nak lepaskan. Tapi untuk masa depan, takkan dorang nak adab aku sampai ke tua. Demi masa kerjaya…demi masa depan… aku kena redha.. Aku kena lepaskan… Aku menangis.. Aku menangis bukan sebab mereka pergi.. Tapi aku menangis sebab aku hilang barang lagi. Yang mana aku hilang kamu dan kamu. Definitely for sure, things takkan sama lagi lepas nie. Aku dah lalui banyak kali. InsyAllah aku boleh laluinya lagi. Sangat sedih. Menangis depan mereka boleh…sikit jer… Aku kena tunjuk aku kuat. =) Saper yang nak bercakap kalau semua menangis. Tapi..bila balik rumah..i cried badly. Tapi apa aku boleh buat?? Nothing…

Jalan itu adalah jalan cerita mereka. Aku hanya penonton dan kadang2 aku hanya pelakon tambahan. Allah SWT adalah pengarah kepada cerita mereka. Aku kena belajar terima dan redha.. Itu adalah jalan terbaik yang Allah beri dalam hidup mereka. Kita diketemukan atas kehendakNya dan kita berpisah juga adalah kerana Dia…

Ya Allah, aku tak layak untuk meminta kepadaMu. Tapi aku tahu kau Maha Mendengar doa setiap hambanya… aku mohon padaMu Ya Allah, berilah kebahagiaan kepada mereka berdua, murahkanlah rezeki mereka, permudahkanlah setiap langkah mereka dan lindungilah mereka di seperti kau lindungi para kekasihmu Ya Allah


Kawan, aku tak punya harta untuk dkongsi..
Aku cuma punya masa untuk diberi…
Aku harap, dengan masa yang yang aku luangkan, dapat buatkan kamu dan kamu tersenyum. Takda hadiah yang di minta, Cuma jangan lupakan aku bila berjaya kelak. Kamu dan kamu adalah kawan diwaktu gembiraku.. Harap bila tiba masanya aku berduka, kamu dan kamu masih tetap ada di situ menemaniku walau cukup dengan kata-kata…

2010, Jangkau usia 6 tahun perkenalan aku degan cik cicak…
2010, tak cukup lagi setahun usia perkenalan dengan penyu…
Tapi sayang aku pada mereka sama…
Doa aku pada mereka adalah serupa..
Di mana saja kaki kamu melangkah, setiap tanah yang kamu dan kamu pijak, aku iringkan dengan doa dan harapkan kamu dan kamu dilindungi..
Allah mengetahui apa yang terbaik buat setiap makhluknya..
Andai aku tiada lagi.. Andai kamu dan kamu pergi meninggalkan aku.. Ketahuilah...
Bertemu dengan kamu dan kamu adalah hadiah yang terbaik buat aku..

No comments:

Post a Comment