Tuesday, September 28, 2010

ITU RASA AKU

Telah bersedia melihat kamu dan kamu pergi, itu adalah kata-kataku sebelum ini. Siapa sangka..aku hanya menduga, Dia adalah penentu segalanya. Airmataku sebagai seorang perempuan, seorang sahabat, seorang teman jatuh satu persatu. Ku sapu setiap linangan dan memujuk diri agar ia berhenti.
“Tolong jangan pergi” itulah kata-kata yang ingin di ungkapku..
Apa yang berlegar di kepala,
Apa yang tergambar di mata,
Apa yang hatiku berkata, benar-benar terjadi kini… Melihat kamu dan kamu pergi membuatkan aku sekali lagi ditinggalkan keseorangan.

Cik biawak, maafkan aku kerana menjadi seorang yang mementingkan diri.
Saat masing-masing membawa haluan selepas tamat belajar, kamu dan aku meneruskan hidup. Saat kamu dan aku mula berkerja di tempat yang berbeza, kita diketemukan semula, kita gembira meneruskan hidup. Kita dilihat orang sebagai teman yang akrab, tapi ada sesuatu yang masih belum diketahui kamu. Belum pernah aku menceritakan kepada sesiapa. Belum pernah dikongsi dengan mana-mana manusia…

Kamu tahu, Aku di situ ketika borang pengambilan guru di tangan kamu…
Kamu tahu, Aku di situ ketika kamu menduduki peperiksaan sebagai guru…
Kamu tahu, Aku di situ ketika kamu pergi ke temuduga itu..
Kamu tahu, Aku di situ ketika semua ahli keluarga meraikan pemergian untuk menyambung pengajianmu...

Tapi kamu tidak tahu… bahawa ada sesuatu yang tersimpan di hati ketika itu. Masih mengharap dan mendokan kamu dapat mengejar apa kau mahu, aku sangat sedih dan bimbang sekiranya kamu melupakan aku. Aku bimbang kamu akan bertemu teman baik yang baru. Aku bimbang kamu akan membiarkan aku. Itulah rasaku ketika itu. Tapi rasa itu hanya di simpan…dan di tanam jauh ke tempat paling dalam dan ditutup rapat-rapat agar ia tidak terlintas lagi di kepala mahupun di hati. Dalam istilahnya..cemburu jika kamu mempunyai teman baru dan bimbang kamu melupakan aku.

Nyata sekali bila masa berlalu, kamu tetap di situ. Terima kasih kerana masih seperti yang dulu..Cuma kamu telah berjumpa si dia yang baru...

Kata orang, jika ingin tahu kelemahan diri..tanyalah pada rakan. Jika ingin tahu kelebihan diri, tanya pada musuh. Mereka lebih mengetahui. Tapi bagi aku, jika orang ingin tahu kelemahan dan kelebihan diriku, sila tanya pada kamu. Kamu lebih mengetahui diri ini berbanding diriku sendiri.

Walaupun dari tahun 2004 aku menghantar kamu pulang, masih belum terbiasa dengan rasa ini sedangkan telah berpuluh kali melaluinya. Ia adalah rasa berpisah dengan kamu. 26 Oktober 2010 adalah rasa yang memelikkan. Mulanya detik melihat kamu pergi, sekali lagi aku keseorangan kembali kini. Ada yang memujuk dengan berkata masih lagi boleh terus berhubung dan berjumpa. Tapi bagi insan yang bernama aku, itulah detik aku kembali menjadi aku sebelum bertemu kamu. Menahan dan mengharapkan kamu tidak pergi adalah sifat aku yang amat mementingkan diri.

Maafkan aku sahabat, teman dan musuh. Aku hanya memikirkan rasa untuk gembira, aku lupa akan masa depan kamu. Kamu dapat apa yang kamu mahu. Teruskan dengan cita-cita kamu. Aku mengharapkan yang terbaik berlaku dalam hidup kamu dan harap kamu mendoakan yang sama untuku. Selamat menempuh alam baru sahabat.

Sangka diriku mampu menahan melihat kamu pergi… tapi silap. Airmata gugur jua. Semua harus di tempuh sendirian kini. Aku benar-benar sunyi tanpa kamu :’(

1 comment:

  1. masih belum terbiasa dengan rasa ini.. tiap kali membaca entry ini pasti terasa panas di mata, ada sesuatu yang bertakung di situ...

    ReplyDelete